Wednesday, December 8, 2010

Kerja Pertama Setelah Bercuti

      Hampir 6 tahun ku tinggalkan kerjaya plan seni bina. Hari ni 8.12.2010 semata-mata kerna kawan terpaksa juak lah aku start kembali. Mula2 agak kaku sikit, bila dah start dlm setengah jam baru lah ingatan dapat kembali kepada yang sebelum. Kerja2 seni bina tok nang agak rumit sikit, tapi bila dah biasa siklah jadi berat dan membebankan agik. Banyak jugak kawan2 yg ku kenal dpt pergi jauh dgn kerjaya tok, cuma aku masih di sini. Kerna masih belum mampu nak luangkan masa ke arah ya. InsyaAllah perlahan2 aku cuba aktif balit dalam bidang tok. Mun nak di ikutkan kerjaya tok memang mendatangkan pulangan yang lumayan.Cuma aku yang masih di takuk lama kata perpatah org tua.
        Berbekalkan Iltizam baru sempena Hijrah di tahun baru 1432H tok InsyaAllah aku cuba mengorak langkah untuk bergerak kembali dalam bidang tok.Biar perlahan tapi hasilnya akan nampak juak sikit-sikit di kemudian hari kelak.Setelah melakukan perbincangan selama 3 jam dgn sahabatku. Akhir nya beliau bersetuju jua dgn kertas kerja yang aku cadangkan. Rasa terharu mula menambak di hati, apabila hasil kerja ku yang tak seberapa itu telah pun diterima pakai.Bagi ku wang ringgit bukan lah ukuran.Kepuasan akan lebih bermakna bila mana hasil kerja ku dihargai. Dengan ini ianya tidak akan terhenti begitu sahaja. Ku akan terus mengorak langkah demi membentuk kerjaya ku yang pernah satu masa dahulu ku impi-impikan.

No comments:

Post a Comment